Messengers of Peace.

Tanam Bakau 2019

-------------------------------

Gambar Kenangan PPM Balik Pulau

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.

Maljis Anugerah PPM Pulau Pinang

Tahniah dan Syabas!

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diumumkan oleh pihak kerajaan. Susulan itu, semua ahli pengakap atau orang perseorangan perlu duduk di rumah. Utamakan keselamatan dan kesihatan sepanjang tempoh (PKP) #stay@home. SALAM PENGAKAP! SEKALI BERPENGAKAP, SELAMANYA BERPENGAKAP!

PESURUHJAYA DAERAH

PESURUHJAYA DAERAH
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH BALIK PULAU. SEKALI BERPENGAKAP, SELAMANYA BERPENGAKAP!

[MAKLUMAN] :-

Assalamualaikum wbt dan Salam Pengakap!

Tuan/Puan, Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web Rasmi PPM Balik Pulau.Laman sesawang PPM Balik Pulau ini akan dikemaskini semula. Mohon maaf di atas masalah teknikal ini .

[JOM BERSAMA PPM BALIK PULAU] :-

#Stay@home

Tempoh PKP dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020

#penanglawancovid-19

#PPMBalikPulauHEBAT!

Ahli Pengakap Daerah Balik Pulau yang ingin mendapatkan maklumat tentang aktiviti pengakap PPM Daerah Balik Pulau boleh dapatkan info dari facebook

Gambar aktiviti PPM Daerah Balik Pulau telah dimuat naik ke dalam facebook.

Nantikan program yang akan datang!

Selamat Berpengakap!

[UNTUK MAKLUMAT LANJUT]

SILA LIHAT PADA TAKWIM 2020 PPM BALIK PULAU

PPM Balik Pulau

#PPMBPHEBAT!

22 June, 2017

JAMBORI PENGAKAP NEGERI KEDAH KALI KE-5 & PERSAUDARAAN ANTARABANGSA




JAMBORI PENGAKAP NEGERI KEDAH KALI KE-5 & PERSAUDARAAN ANTARABANGSA TAHUN 2017

Assalamualaikum wbt & Salam Pengakap!

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah (PPMNK) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) akan menganjurkan Jambori Pengakap Negeri Kali ke-5 dan Persaudaraan Antarabangsa seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 8 hingga 12 Ogos 2017
Tempat : Kolej Pertanian Malaysia, Kampus Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, Kedah Darul Aman.

Tema : "Pengakap Membina Pembangunan Insaniah"

Pakaian : Uniform Pengakap / Skaf pengakap
Jumlah Peserta :Terbuka (yang dahulu didahulukan)
Tarikh Bertolak : 8 Ogos 2017 (akan dimaklumkan)
Yuran Penyertaan : RM80 seorang (Ahli Pengakap / Pemimpin Pengakap / Kelana)
Yuran Kontinjen :  RM50 (pengangkutan / lencana / baju T & Insuran)
Makan/Minum :RM70 seorang (disediakan oleh Sekretariat Jambori)

Sehubungan itu, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang bersama Persekutuan Pengakap Malaysia akan menghantar satu kontinjen bagi menyertai jambori tersebut. PPM Negeri Pulau Pinang ingin mempelawa ahli-ahli pengakap dan guru-guru pengakap yang berminat untuk menyertainya boleh mendapatkan borang penyertaan dan keterangan di laman web PPM Balik Pulau serta mengisi borang dan hendaklah dikembalikan kepada saya atau selewat-lewatnya pada 14 Julai 2017. Sebarang pertanyaan sila hubungi saya ditalian 012-4452251.

MUAT TURUN SURAT & BORANG PENYERTAAN :-
1. Klik di sini --> Jambori Pengakap Negeri Kedah ke-5
(p/s: Semua surat dan borang telah disatukan di dalam url di atas)

Sekian, terima kasih.
ROZHAN BIN YAHAYA
Ketua Kontinjen
Pesuruhjaya Pengakap Daerah
Balik Pulau
Email : rozhan_3090@yahoo.com
H/P : 012-445 2251