Selamat Datang ke Portal Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik Pulau. #ppmbalikpulau2023. SALAM PENGAKAP! SEKALI BERPENGAKAP, SELAMANYA BERPENGAKAP!

BTemplates.com

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH BALIK PULAU. SEKALI BERPENGAKAP, SELAMANYA BERPENGAKAP!

Recent Posts

Anda adalah pelawat ke

discount calling cards
discount calling cards

sijil


...............................[MAKLUMAN]...............................

Assalamualaikum wbt dan Salam Pengakap.

SELAMAT TAHUN BARU 2024

Terima kasih kerana mengunjungi Portal Rasmi PPM Balik Pulau.

PPM Balik Pulau amat mengalu-alukan cadangan dan komen dari semua ahli pengakap bagi menambahbaik Portal PPM Balik Pulau dari masa ke semasa.

Jom bersama kami di channel telegram PPM Balik Pulau dan dapatkan info di Facebook PPM Balik Pulau.

[JOM BERSAMA PPM BALIK PULAU]

SALAM PENGAKAP!

SALAM PENGAKAP!

SALAM PENGAKAP!

Ahli Pengakap Daerah Balik Pulau yang ingin mendapatkan maklumat tentang aktiviti pengakap PPM Daerah Balik Pulau boleh dapatkan info dari facebook

Gambar aktiviti PPM Daerah Balik Pulau telah dimuat naik ke dalam facebook.

SAMBUTAN HARI PENGAKAP MALAYSIA 2023 akan diadakan pada 28 Oktober 2023

Selamat Berpengakap!

[UNTUK MAKLUMAT LANJUT]

SILA LIHAT PADA TAKWIM 2024 PPM BALIK PULAU Sebarang soalan sila emailkan kepada ppmbalikpulau@gmail.com

#pengakapbalikpulauhebat!

#penanglawancovid-19

#PPMBalikPulauHEBAT!

Program bagi tahun 2024 bakal menyusul. Nantikan makluman dan hebahan menerusi Facebook rasmi PPM Balik Pulau dan Telegram PPM Balik Pulau. Terima kasih. -ADC ICT

12 December, 2017

SALAM PERSAUDARAN PENGAKAP MALAYSIA.


06 November, 2017


Kursus Koordinator Messenger of Peace (MoP) Peringkat Kebangsaan Zon Utara.


Tarikh              : 27 hingga 29 Oktober 2017
Tempat            : Kompleks Rakan Muda, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.


Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik Pulau telah menghantar 2 orang wakil.
En. Muhammad Zamri Bin Abdul Rashid dan En. Saiidi Bin Ismail selaku Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah ke Kursus Koordinator Messenger of Peace Peringkat Kebangsaan anjuran oleh Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.


Diantara peserta yang terlibat adalah dari negeri-negeri berikut:-

Pulau Pinang
Kedah
Perlis
KLKM ( Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah & Politeknik Kota Bharu) dan wakil dari negeri Johor.

Menjadikan jumlah peserta adalah seramai 29 orang.



Kursus yang berlangsung dari 27 hingga 29 Oktober ini adalah bertujuan melahirkan lebih ramai Koordinator MoP di peringkat Kumpulan, Daerah dan Negeri. Kursus ini telah memberi pendedahan kepada peserta kursus mengenai Messenger of Peace (MoP) dan aktiviti-aktiviti yang pelbagai dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa.


Majlis penutup telah dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Zulkafli Bin Kamaruddin dan penganugerahan skraf koordinator telah disempurnakan oleh Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara merangkap Koordinator MoP Kebangsaan, Tuan Amir Hamzah Bin Aman.










24 September, 2017

MERDEKA WALK & CLEAN UP THE WORLD 2017

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program pada kali ini.
Berikut adalah sekitar gambar aktiviti  sepanjang program berlangsung.

Untuk lihat lebih banyak gambar, sila klik pada URL ini---> PPM Balik Pulau

























13 September, 2017

MERDEKA WALK & CLEAN UP THE WORLD 2017

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik Pulau.

Selamat Hari Kebangsaan 2017 & Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Kebangsaan diucapkan kepada semua ahli pengakap di seluruh Malaysia! #negaraku.
Dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha bagi muslimin dan muslimat.




SALAM PENGAKAP!

22 June, 2017

JAMBORI PENGAKAP NEGERI KEDAH KALI KE-5 & PERSAUDARAAN ANTARABANGSA




JAMBORI PENGAKAP NEGERI KEDAH KALI KE-5 & PERSAUDARAAN ANTARABANGSA TAHUN 2017

Assalamualaikum wbt & Salam Pengakap!

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah (PPMNK) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) akan menganjurkan Jambori Pengakap Negeri Kali ke-5 dan Persaudaraan Antarabangsa seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 8 hingga 12 Ogos 2017
Tempat : Kolej Pertanian Malaysia, Kampus Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, Kedah Darul Aman.

Tema : "Pengakap Membina Pembangunan Insaniah"

Pakaian : Uniform Pengakap / Skaf pengakap
Jumlah Peserta :Terbuka (yang dahulu didahulukan)
Tarikh Bertolak : 8 Ogos 2017 (akan dimaklumkan)
Yuran Penyertaan : RM80 seorang (Ahli Pengakap / Pemimpin Pengakap / Kelana)
Yuran Kontinjen :  RM50 (pengangkutan / lencana / baju T & Insuran)
Makan/Minum :RM70 seorang (disediakan oleh Sekretariat Jambori)

Sehubungan itu, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang bersama Persekutuan Pengakap Malaysia akan menghantar satu kontinjen bagi menyertai jambori tersebut. PPM Negeri Pulau Pinang ingin mempelawa ahli-ahli pengakap dan guru-guru pengakap yang berminat untuk menyertainya boleh mendapatkan borang penyertaan dan keterangan di laman web PPM Balik Pulau serta mengisi borang dan hendaklah dikembalikan kepada saya atau selewat-lewatnya pada 14 Julai 2017. Sebarang pertanyaan sila hubungi saya ditalian 012-4452251.

MUAT TURUN SURAT & BORANG PENYERTAAN :-
1. Klik di sini --> Jambori Pengakap Negeri Kedah ke-5
(p/s: Semua surat dan borang telah disatukan di dalam url di atas)

Sekian, terima kasih.
ROZHAN BIN YAHAYA
Ketua Kontinjen
Pesuruhjaya Pengakap Daerah
Balik Pulau
Email : rozhan_3090@yahoo.com
H/P : 012-445 2251



18 May, 2017

JAMBORI DI UDARA (JOTA) PENGAKAP PERINGKAT ANTARABANGSA 2017



JAMBORI DI UDARA (JOTA) PENGAKAP PERINGKAT ANTARABANGSA 2017 Assalamualaikum wbt dan Salam Pengakap! Tun/Puan, Guru Pengakap / Pemimpin Pengakap Semua Unit Pengakap. Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik Pulau akan mengadakan JAMBORI DI UDARA (JOTA) PERINGKAT ANTARABANGSA 2017 pada :- Tarikh : 20 Mei 2017 Tempat : SMK Saint George (M) Balik Pulau. Jom sertai kami untuk berhubung dengan semua ahli pengakap di seluruh Malaysia! Callsign kami adalah 9M2PBP. Muat turun surat. Kik di sini.

16 May, 2017

SELAMAT HARI GURU 2017.

Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia dan khasnya di PPD Barat Daya serta barisan Jurulatih Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik Pulau. (PPMBP)
Terima kasih kepada semua guru-guru pengakap dan pemimpin sekolah-sekolah daerah barat daya.
SELAMAT HARI GURU!


13 May, 2017

Kem Lencana Keris Gangsa & Lencana Basikal 2017

Kem Lencana Keris Gangsa & Lencana Basikal
Unit Pengakap Kanak-Kanak
13 Mei 2017
SK Genting Balik Pulau

Maljlis penutupan Kem Lencana Keris Gangsa dan Basikal Daerah Balik Pulau oleh Y.bhg En. Sharuzaman b. Mohamad Pen. Pegawai Pendidikan Daerah Barat Daya.





















LAPORAN AKTIVITI PENGAKAP TAHUN 2023

LAPORAN AKTIVITI PENGAKAP TAHUN 2023 PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH BALIK PULAU Laporan aktiviti Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah ...