JAMBORI PENGAKAP NEGERI KEDAH KALI KE-5 & PERSAUDARAAN ANTARABANGSA TAHUN 2017
Assalamualaikum wbt & Salam Pengakap!
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah (PPMNK) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) akan menganjurkan Jambori Pengakap Negeri Kali ke-5 dan Persaudaraan Antarabangsa seperti ketetapan berikut :-
Tarikh : 8 hingga 12 Ogos 2017
Tempat : Kolej Pertanian Malaysia, Kampus Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, Kedah Darul Aman.
Tema : "Pengakap Membina Pembangunan Insaniah"
Pakaian : Uniform Pengakap / Skaf pengakap
Jumlah Peserta :Terbuka (yang dahulu didahulukan)
Tarikh Bertolak : 8 Ogos 2017 (akan dimaklumkan)
Yuran Penyertaan : RM80 seorang (Ahli Pengakap / Pemimpin Pengakap / Kelana)
Yuran Kontinjen : RM50 (pengangkutan / lencana / baju T & Insuran)
Makan/Minum :RM70 seorang (disediakan oleh Sekretariat Jambori)
Sehubungan itu, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang bersama Persekutuan Pengakap Malaysia akan menghantar satu kontinjen bagi menyertai jambori tersebut. PPM Negeri Pulau Pinang ingin mempelawa ahli-ahli pengakap dan guru-guru pengakap yang berminat untuk menyertainya boleh mendapatkan borang penyertaan dan keterangan di laman web PPM Balik Pulau serta mengisi borang dan hendaklah dikembalikan kepada saya atau selewat-lewatnya pada 14 Julai 2017. Sebarang pertanyaan sila hubungi saya ditalian 012-4452251.
MUAT TURUN SURAT & BORANG PENYERTAAN :-
1. Klik di sini --> Jambori Pengakap Negeri Kedah ke-5
(p/s: Semua surat dan borang telah disatukan di dalam url di atas)
Sekian, terima kasih.
ROZHAN BIN YAHAYA
Ketua Kontinjen
Pesuruhjaya Pengakap Daerah
Balik Pulau
Email : rozhan_3090@yahoo.com
H/P : 012-445 2251
22 June, 2017
JAMBORI PENGAKAP NEGERI KEDAH KALI KE-5 & PERSAUDARAAN ANTARABANGSA
June 22, 2017
No comments
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 3 TAHUN 2024
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 3 TAHUN 2024 KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT III (1)- UNIT PKK. Tarikh : 27-29/9/2024 Tempat : Se...
0 comments:
Post a Comment