Messengers of Peace.

Tanam Bakau 2019

-------------------------------

Gambar Kenangan PPM Balik Pulau

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.

Maljis Anugerah PPM Pulau Pinang

Tahniah dan Syabas!

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diumumkan oleh pihak kerajaan. Susulan itu, semua ahli pengakap atau orang perseorangan perlu duduk di rumah. Utamakan keselamatan dan kesihatan sepanjang tempoh (PKP) #stay@home. SALAM PENGAKAP! SEKALI BERPENGAKAP, SELAMANYA BERPENGAKAP!

PESURUHJAYA DAERAH

PESURUHJAYA DAERAH
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH BALIK PULAU. SEKALI BERPENGAKAP, SELAMANYA BERPENGAKAP!

[MAKLUMAN] :-

Assalamualaikum wbt dan Salam Pengakap!

Tuan/Puan, Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web Rasmi PPM Balik Pulau.Laman sesawang PPM Balik Pulau ini akan dikemaskini semula. Mohon maaf di atas masalah teknikal ini .

[JOM BERSAMA PPM BALIK PULAU] :-

#Stay@home

Tempoh PKP dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020

#penanglawancovid-19

#PPMBalikPulauHEBAT!

Ahli Pengakap Daerah Balik Pulau yang ingin mendapatkan maklumat tentang aktiviti pengakap PPM Daerah Balik Pulau boleh dapatkan info dari facebook

Gambar aktiviti PPM Daerah Balik Pulau telah dimuat naik ke dalam facebook.

Nantikan program yang akan datang!

Selamat Berpengakap!

[UNTUK MAKLUMAT LANJUT]

SILA LIHAT PADA TAKWIM 2020 PPM BALIK PULAU

PPM Balik Pulau

#PPMBPHEBAT!

16 February, 2013

PEMAKAIAN PANGKAT & WARNA EPOLET TERBARU



TERBARU DARIPADA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
PEMAKAIAN TANDA PANGKAT DAN WARNA EPOLET


14 February, 2013

Rancangan Pengakap Kanak-Kanak - PPM Balik Pulau


Salam Pengakap!

Pemimpin / Guru Pengakap

Untuk rujukan kepada pemimpin / guru pengakap. Bersama dengan ini saya sertakan "RANCANGAN PENGAKAP KANAK-KANAK".

Besarlah harapan saya agar pemimpin / guru pengakap dapat melaksanakan ujian / aktiviti mengikut rancangan yang telah ditetapkan ini. Sila muat turun di bawah dengan menekan "klik di sini" untuk muat turun.

Sekian, terima kasih.                                Untuk muat turun sila klik di sini.



Rozhan Bin Haji Yahaya
Pesuruhjaya Pengakap 
Daerah Balik Pulau.

Rancangan Pengakap Muda - PPM Balik Pulau


UNIT PENGAKAP MUDA adalah salah satu daripada beberapa unit dalam persaudaraan Pengakap yang lain iaitu Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Remaja, dan Pengakap Kelana. Unit ini ialah bagi remaja yang berumur dari 12 hingga 15 tahun. Had Umur untuk menyertai Pasukan Pengakap Muda telah dinyatakan di dalam Perkara 244; Bahagian 6; Pertubuhan Kumpulan di dalam Dasar, Pertubuhan dan Peraturan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia:
Untuk menjadi seorang Pengakap Muda seorang kanak-kanak itu mestilah telah berumur 12 tahun, tetapi belum sampai umur 16 tahun.
Seorang Pengakap Muda apabila sampai umur 15 tahun mesti menerima latihan sesuai dengan umurnya. Apabila dia samapi ke peringkat ini dalam kepengakapannya, satu Istiadat Meningkat Naik hendaklah diadakan dan dia akan melafazkan semula Persetiaan Pengakap, dengan makna yang lebih besar sesuai dengan umurnya yang telah meningkat itu.
Seorang Pengakap Muda hendaklah meningalkan pasukannya apabila sampai umur 16 tahun.
Seseorang remaja itu boleh manjadi Pengakap Muda terus daripada Pengakap Kanak-Kanak ATAU sebagai seorang ahli baru apabila telah berumur 12 tahun dan telah mendapat Lencana Keahlian setelah diuji dalam beberapa perkara yang tertentu.

Unit ini ialah peringkat yang kedua dalam sistem latihan yang progresif dalam Pergerakan Pengakap bagi menggalakkan dan memperbaiki lagi kesuburan rohani, jasmani, akal dan pergaulan di kalangan ahli-ahlinya.

Unit ini dibahagikan kepada beberapa patrol tiap satu seramai 6 hingga 8 orang yang diketuai oleh seorang Ketua Patrol di bawah pimpinan seorang Ketua Kumpulan Pengakap Muda dan  dibimbing oleh seorang lelaki atau wanita dewasa yang dipanggil Pemimpin Pengakap Muda.

Cogan Kata bagi unit Pengakap Muda ialah SELALU BERSEDIA.






11 February, 2013

Rancangan Pengakap Remaja - PPM Balik Pulau

Salam Pengakap!

Pemimpin / Guru Pengakap
Pengakap Remaja

Untuk rujukan kepada pemimpin / guru pengakap / ahli pengakap remaja. Bersama dengan ini saya sertakan "RANCANGAN PENGAKAP REMAJA".

Besarlah harapan saya agar pemimpin / guru pengakap dapat melaksanakan ujian / aktiviti mengikut rancangan yang telah ditetapkan ini. Sila muat turun di bawah dengan menekan "klik di sini" untuk muat turun.

Sekian, terima kasih.                                Untuk muat turun sila klik di sini.



Rozhan Bin Haji Yahaya
Pesuruhjaya Pengakap 
Daerah Balik Pulau.