Untuk menjadi seorang Pengakap Muda seorang kanak-kanak itu
mestilah telah berumur 12 tahun, tetapi belum sampai umur 16 tahun.
Seorang Pengakap Muda apabila sampai umur 15 tahun mesti
menerima latihan sesuai dengan umurnya. Apabila dia samapi ke peringkat ini dalam
kepengakapannya, satu Istiadat Meningkat Naik hendaklah diadakan dan dia akan
melafazkan semula Persetiaan Pengakap, dengan makna yang lebih besar sesuai
dengan umurnya yang telah meningkat itu.
Seorang Pengakap Muda hendaklah meningalkan pasukannya apabila
sampai umur 16 tahun.
Seseorang remaja itu boleh manjadi Pengakap Muda terus
daripada Pengakap Kanak-Kanak ATAU sebagai seorang ahli baru apabila telah
berumur 12 tahun dan telah mendapat Lencana Keahlian setelah diuji dalam
beberapa perkara yang tertentu.
Unit ini ialah peringkat yang kedua dalam sistem latihan
yang progresif dalam Pergerakan Pengakap bagi menggalakkan dan memperbaiki lagi
kesuburan rohani, jasmani, akal dan pergaulan di kalangan ahli-ahlinya.
Unit ini dibahagikan kepada beberapa patrol tiap satu
seramai 6 hingga 8 orang yang diketuai oleh seorang Ketua Patrol di bawah
pimpinan seorang Ketua Kumpulan Pengakap Muda dan dibimbing oleh seorang lelaki atau wanita
dewasa yang dipanggil Pemimpin Pengakap Muda.
0 comments:
Post a Comment