Pengetua & Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Menengah & Rendah,
Tuan/Puan,
PENDAFTARAN KUMPULAN & KEAHLIAN PENGAKAP TAHUN 2017
Dengan hormatnya merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa pihak tuan diingatkan dan diminta untuk memperbaharui pendaftaran kumpulan dan keahlian Pengakap di sekolah tuan bagi tahun 2017. Adalah menjadi satu kesalahan menjalankan aktiviti kepengakapan tanpa pendaftaran. (Akta Parlimen 1968 : Persekutuan Pengakap Malaysia).
2) Bagi memudahkan pihak tuan untuk mendaftar, pemimpin Pengakap sekolah tuan sila membuat pendaftaran secara atas Talian dengan menggunakan aplikasi "Penang Scout Daftar" di http://penangscout.org/daftar atau http://daftar.penangscout.org
3) Bayaran Tunai tidak lagi dilayan mulai tahun 2017. Bayaran dengan cek hendaklah dibuat atas nama MAJLIS PENGAKAP NEGERI PULAU PINANG. Sila rujuk kertas maklumat pendaftaran yang dikepilkan.Bayaran hendaklah dibuat menerusi Kaunter Maybank / ATM Maybank / ATM Cek Maybank / Maybank2U / Transaksi Online Bank Lain
4) Butiran bayaran adalah seperti berikut:
Bank: Maybank atau Maybank2U
No Akaun: 5072-4610-9421
Nama Akaun: Majlis Pengakap Negeri Pulau Pinang
Kerjasama dan komitmen tuan dalam hal ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Maklumat Pesuruhjaya Daerah Balik Pulau
En Rozhan Bin Hj Yahaya
No Tel : 012-4452251
Email : rozhan_3090@yahoo.com
Alamat : 4-G-3, Taman Sri Indah,
Tkt. Sri Genting,11000 Balik Pulau.
0 comments:
Post a Comment