Assalamualaikum wbt & Salam Pengakap!
Laman Utama
MAJLIS PESURUHJAYA
Semakan e-Sijil
INFORMASI
Borang
Aktiviti
Hubungi Kami
Assalamualaikum wbt & Salam Pengakap!
Assalamualaikum wbt.
Explorasi Kayak 2022 anjuran PPM Balik Pulau bersama SK Sungai Rusa.
Jom kita tengok gambar kenangan di bawah! 😍
Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik Pulau akan mengadakan Program Menyantuni Golongan Gelandangan Pulau Pinang yang akan diadakan pada 4 Jun 2022 jam 9 malam bertempat di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).
Selesai.
- Agenda
1. Perancangan program sebelum / semasa / selepas PKP
2. Penyusunan dan penelitian program yang bersesuaian
3. Program terdekat (Ekslorasi Kayak & Menyantuni Gelandangan
Mesyuarat 14052022 ppmbalikpulau.
Nantikan program yang bakal menyusul.
#ppmbalikpulau
Assalamualaikum wbt.
Sekalung Tahniah & Syabas diucapkan kepada Ahli Majlis PPM Balik Pulau di atas penganugerahan "Anugerah Khas Khidmat Bakti Mutiara"
Pemimpin Pengakap merupakan tunjang kepada pergerakan pengakap yang bertungkus lumus tanpa mengira letih dan lesu dalam memimpin, membimbing dan membantu ahli-ahli pengakap dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Pemimpin seperti cikgu yang membakar diri untuk menerangi orang lain bagi memdidik dan memimpin semua ahli pengakap dibawahnya menuju arah kejayaan dan menjadi orang yang berguna.
Corona virus Covid-19 telah tercetus dengan merebak dengan pantasnya ke seluruh dunia dan telah menyebabkan kematian melebihi 500 000 orang diseluruh dunia. Semua aktiviti luar tidak dibenarkan dan ini telah menjejaskan semua aktiviti kepengakapan diseluruh dunia.
Dalam mengharungi pandemik yang melanda di seluruh dunia ini. Aktiviti kepengakapan masih diteruskan dengan norma yang baru. Para pemimpin masih berpegang dengan amanah yang diberikan dan menjalankan amanah tersebut dengan berat dan beban. Para pemimpin mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah kawalan Pergerakan Bersyarat seperti Pertandingan Kuiz Pengakap atas talian, kelas kepengakap atas talian, Ujian kepengakapan atas talian, perjumpaan kumpulan atas talian dan lain-lain lagi.
Pandemik ini tidak memutuskan semangat para pemimpin untuk terus berkhidmat untuk pengakap malah membarakan lagi semangat para pemimpin terhadap kepengakapan. Sepanjang tempoh ini, para pemimpin perlu mengharungi pelbagai cabaraan dan dugaan yang baru bagi memastikan aktiviti yang diadakan bersesuaian dengan keadaan semasa disamping mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Seturus itu, Para pemimpin mempunyai jasa yang tinggi dalam pengorbanan diri mereka dalam memastikan aktiviti kepengakapan terus bergerak tanpa kira dalam apa jua keadaaan yang berlaku bagi memastikan ahli-ahli pengakap terus bergerak aktif walaupun melalui medium maya dan atas talian.
Dengan ini, Anugerah Khas Khidmat Bakti Mutiara dirangkakan untuk dianugerahkan kepada para pemimpin yang terus berkhidmat dan menakburkan bakti sepanjang tempoh Pandemik bagi mengyanjung dan menghargai jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh para pemimpin.
LAPORAN AKTIVITI PENGAKAP TAHUN 2025 PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH BALIK PULAU Laporan aktiviti Persekutuan Pengakap Malaysia Daera...